Monday, April 11, 2011

Apa yang terjadi dari hujung 2009 hingga hari ni, April 2011???

Assalam semua.

Alhamdulillah. Saya amat2 bersyukur dengan hidup sy pd hari ini. Kehidupan penuh ranjau dan dugaan. Pernah ia terpalit dengan noda2 especially awal2 kehidupan di kota metropolitan ini, seumpama bait2 lagu "Sesat di Kuala Lumpur", masterpiece dari Sifu M. Nasir.

Namun, syukur ke hadratNya...saya masih berpeluang berhijrah dan terus mengabdikan diri padanya. So, apa yg berlaku sejak post terakhir saya berkenaan "Aidilfitri penuh maknawi?"
Macam2 hal sebenarnya dah terjadi. Contoh, masa post terakhir saya tu ditulis...saya masih lagi "kembali single". Kini, saya dah sedikit berusia, maka tak boleh dah nak main single. Kena main double...:). kena ada pair.

26 Disember 2009, adalah tarikh saya ditunangkan dengan isteri saya sekarang. Jangkanya dalam tempoh 10 bulan ke setahun, tapi since semasa itu Mak dia pun dah semakin tak sihat, maka satu petang di awal tahun 2010 sewaktu menghadiri kenduri doa selamat di rumahnya, saya dikerumuni secara tetiba oleh ayah dan pakcik2 dan makcik2 dia. Suspen jugak la masa tu...agak terkejut sebenarnya tapi masih berlagak cool...;p

Rupa2nya keluarga dia meminta saya mempertimbangkan permintaan Maknya(kini arwah), agar dipercepatkan majlis, sekurang2nya nikah dahulu. Tak taulah mana datang kekuatan utk saya terus bertenang, pada hal masa tu mula terfikir dah cukup ke duit nih? Lepas tu nanti majlis asal pada Jun 2010, kena jugak berjalan? So...setelah sedikit helaan nafas yg terkandung kalimah puji2an padaNya dan selawat ke atas baginda Rasulullah (S.A.W) saya hembuskan, maka saya pun mengambil kata persetujuan dengan syarat (untuk lebih berdiplomasi) agar saya rujuk perkara ini dengan keluarga dan sanak saudara terutamanya Pak Long Manjus saya yg menjadi wakil semasa bertunang kelmarin.

Dan...tanggal 24 April 2011, bermulalah episod baru saya sebagai suami kpd isteri tercinta. Siapa? Kalau dirujuk pd post "Mimpi Semalam"... org sy pilih adalah pilihan saya yang terkini, yang menerima saya seadanya dan tidak berkongsi kasihnya itu dengan pihak ketiga dsb.

Dialah "Lisa SuriRumahtangga" saya..:)

Diikuti majlis persandingan pada 5 Jun 2010, tarikh yang sepatutnya kami menikah dan terus bersanding. Ketentuan Allah, sapa yg mampu tahan? DIA nikahkan saya segera utk elak saya dari melakukan noda dan dosa...agar saya halal dalam percintaan, agar redhaNya kekal dalam sebuah perhubungan.

Indahnya hidup ini selepas itu. Walaupun pasti ada cabaran dan dugaan spt..masih terkenang2 dan terindu2 insan terdahulu...namun, kasih saya pada isteri pasti melebihi segalanya. Walaupun selepas 2 minggu kami bersanding, mak mertua meninggal dunia, namun saya dan isteri redha bahawa kami telah menunaikan tanggungjawab yg sepatutnya.

Meniti dan menghitung hari ke ulangtahun pertama kami, tanggal 24 April ini... saya dedikasikan sejuta penghargaan ke atas zaujah saya yg paling saya cintai. Terima kasih kerna sudi berkongsi hidup dengan insan yg serba kekurangan ini. Semoga solehah dan taatlah dikau dalam rumahtangga kita. Semoga redhaku padamu seiring redha Allah buatmu sampai syurga nanti.

Aaminnn Ya Mujeeb, Ya Rabbal Aalaminnn...

5 comments:

Hiswadi Anuar said...

Haha bro..dah lama sungguh..bersawangnya..apa pun semoga sukses la aku doakan..amin

zakiesqandar said...

Mr campro: hahaha... tu la. nak wat lagu mana, lagu jiwang ja dok ada...lol..

hrp2 pasni, cerita lebih berbentuk akademik dan educated la...kot..haha

Qaseh Iman said...

amin....semoga cepat dpt bby...

zakiesqandar said...

aaminn...

tq sha. jumpa jugak adik abg, blog abg ni...:)

i knew u can do it..hehehe..

sha pun moga bertmbh bahagia dgn suami dan anak2. t8 care my lovely sis...

Encik Din said...

bro, 24 April 2011?rasa macam dah bertahun jugak ko kahwin.hehe