Monday, April 11, 2011

Rasa hati ini di kehidupan hari ini...

Assalammualaikum and very good day...

Pada zaman awal remaja saya, saya terpengaruh dengan abang2 sy yang punyai diari catatan masing2 sehinggakan tatkala tahun baru menjelang, soalan yg sering saya ke utarakan pada arwah abah saya "Abah, ada diari baru tahun ni tak? Adik nak satu?", sambil tersenyum sengih nan manja mengharapkan abah saya menuruti kemahuan anak bongsunya ini.

Setelah dapat je diari tu, mulalah saya menulis pelbagai cerita yang mana lebih kepada cerita diri, emosi, pengalaman dan perjalanan kehidupan seharian terutamanya di sekolah. Diari terakhir saya ada yang betul2 mencatatkan perjalanan hidup saya adalah diari tahun 1998 (secara kebetulan sama dengan tahun Abah saya meninggalkan dunia yg fana ini). Selepas tu kalau ada diari pun, saya hanya mencatatkan benda2 yg difikirkan betul2 penting dsb. Kini, bila dah bekerja, diari saya lebih kepada planner yg saya gunakan sebagai reminder perkara2 penting, things to do dan sedikit shj perkara peribadi. Dan...saya fikir, di sinilah, di blog inilah sepatutnya banyak rasa diri yg lebih peribadi saya kongsikan atau catatkan. namun, tak la secara penuh kan? Ia sepatutnya lebih abstrak atau penuh kiasan asalkan moralnya dapat dikongsi bersama demi kesejahteraan hidup yg takkan kekal lama ni...

Nah! setelah saya biarkan blog ni bersarang dan berdebu hampir 2 tahun, saya mulakan kembali... perjalanan dan cerita dari sekeping hati seorang lelaki....

No comments: