Friendship Quotes

Tuesday, October 6, 2009

Aidilfiri penuh maknawi

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Rasanya belum terlambat aku ucapkan sementelahan kita masing2 masih meraikan dgn anjuran serta kunjungan rumah terbuka.

Raya kali ni amat bermakna padaku. Lain rasanya. Biasanya tahun2 sebelum ni aku lebih kepada beraya dengan menonton TV di rumah, kali ini aku lebih banyak berkunjung dan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai ahli keluargaku.

Walaupun tak dapat berjemaah di pagi raya kerana kesesakan masjid yg luar biasa, tapi ianya terubat dgn kehadiran org yang tersayang dan kedua ibu bapanya serta adiknya ke rumahku selepas zohor raya pertama ini. Kunjungan yg amat bermakna, mengeratkan silaturrahim antara kedua belah pihak lantas memungkinkan perkembangan yg positif dlm hubungan kami.

Ingat lagi, tanggal 31 Ogos lepas...sempena cuti Hari Kebangsaan aku mengambil kesempatan berbuka puasa di rumahnya lantas meluahkan hasrat hati kepada kedua ibu bapanya. Maka, setelah persetujuan tercapai..insyaAllah dan aku amat mendambakannya Ya Allah! ~ bahawa ini adalah destinasi kasihku yang abadi...yang suci dan diredhai.

Buat kasihku yang tersayang, sama2 kita mendoakan segalanya berjalan lancar bagi kita ~ hubungan ini, hubungan antara keluarga, perancangan dan perlaksanaan majlis gemilang kita serta hidup bahagia selepas itu...ever after....;)

I do....love you.

1 comment:

_anna abdullah_ said...

congratz on 4 ur wedd's..dun worry..k.iffa da tw psl pic ni... lps ni klu de job,mmg ana nk pomot die je..i love her touch so..